Wednesday, July 29, 2009

tahfiz darul furqan:majlis makan malam amal bersama rabbani

sekolah aku ni namanya tahfiz darul FURQAN tapi ramai yang panggil tahfiz darul QURAN.macam masa sekolah aku buat majlis makan malam amal bersama rabbani untuk kumpul duit supaya dapat buat bangunan sekolah baru kat sepang. aku tak dapat pergi sebab bayaran nak pergi tu RM50 satu orang! dah lah adik-beradik aku semuanya sekolah kat situ, botak kepala bapak aku. aku tau tentang sesuana majlis tu pun kawan aku, aisyah yang cerita. pengacara majlis tu asyik-asyik panggil nama sekolah kitaorang tahfiz darul QURAN je. bila ustaz salleh sani pengetua sekolah tegur baru pengacara majlis tu kata "maaf, sekolah tahfiz darul furqan, bukan tahfiz darul quran," semua murid-murid hingga ustaz-ustazah tersengih. pastu bila kumpulan nashid sekolah kitaorang nak buat persembahan, sekali lagi pengacara majlis tu kata "kumpulan nashid sekolah tahfiz darul quran yang menggelarkan diri mereka naqia membuat persembahan," semua satu dewan hotel tu (untuk makluman majlis tu di buat di hotel singgahsana) tergelak pengacara majlis tu pun terpingga-pinggalah. bila ustaz adha (guru yang mengajar kelas aku bahasa arab) yang ada kat sebelah dia berdehem baru dia faham.tapi yang aisyah geram (dia yang cakap ya!) lelaki yang duduk semeja dengan keluarga dia kata "kumpulan naqia? macam ubat gigi je," aisyah balas dalam hati "kalau pak cik ni buat kumpulan nashid, aku cadangkan nama kumpulan colgate. ada class sikit. tapi colgate tu ada abu tulang binatang haram! tak sesuai pula nak letak kat kumpulan nashid, kalau letak nama kumpulan sugi ada class tak? tapi agak-agak pak cik ni reti menyanyi tak? kalau tak, baik tak payah buat kumpulan nashid, buang masa je," dah lah aku tak tau nak cerita apa lagi aisyah kata dia malas nak cerita banyak-banyak memang dasar pemalas! sebelum aku merepek baik aku chow dulu nak jual kerepek hehehe bye!

p/s:majlis tu di buat pada 12/7/09

Friday, July 24, 2009

ciri lelaki itu?

baik orangnya
baik hatinya
menyanyagiku sebagai manaku menyanyagiku
tinggi orangnya
handsome orangnya
cute pulak tu

Saturday, July 18, 2009

kasih mama

mama
sekiranya ku jatuh dirimu yang mengankat ku
mama
adakah kau menyanyangiku mama
mama
dari jauh ku tenung
ku lihat dirimu bersedih
akan ku pelukmu erat erat

sahabat baikku

aisyah najwa kaulah sahabat baikku
kau teman setiaku
sanggup menugguku sewaktu aku dalam keperitan